Cara penggunaan Wikipedia:Nota_kaki

Nota kaki: asas

Untuk menghasilkan penanda nota kaki, tentukan titik dalam kandungan halaman di mana penanda itu akan diletakkan bersama-sama dengan petikan dan nota di dalam teg <ref>...</ref>. Contohnya:

Teks yang akan dirujuk.<ref>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref>

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1]

  1. Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.

Kandungan di dalam <ref>...</ref> akan dipaparkan di senarai rujukan. Teg ref boleh ditambah di mana-mana bahagian apabila suatu petikan atau nota kaki diperlukan. Kandungan tersebut hendaklah wujud, jika tidak suatu ralat akan dipaparkan.

Senarai rujukan: asas

Apabila suatu nota kaki dimasukkan ke dalam kandungan halaman, senarai rujukan hendaklah dibuat. Untuk senarai rujukan yang asas, sila tambahkan {{reflist}} atau <references/>. Apabila suatu halaman itu telah dicipta dan dipaparkan, nota-nota kaki akan dijana dan dinomborkan secara automatik dan senarai rujukan juga dijana. Senarai rujukan utama diletakkan di bahagian yang berasingan pada halaman dan kebiasaannya ia dilabel sebagai "Catatan", "Nota", "Rujukan" atau sebagainya.

Teks yang akan dirujuk.<ref>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref>


==Rujukan==
{{reflist}}

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1]

Rujukan
  1. Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.


Catatan:

  • Apabila membuat suntingan, <references/> mungkin akan kelihatan berbanding {{reflist}}. Ia merupakan sintaks yang sah, tetapi <references/> tidak mempunyai ciri tambahan seperti templat {{reflist}}.

Nota kaki: digunakan lebih daripada sekali

Anda boleh memetik sumber yang sama lebih daripada sekali pada suatu halaman dengan menggunakan nota kaki bernama. Sintaks untuk mentakrifkan nota kaki tersebut adalah seperti berikut:

Teks yang akan dirujuk.<ref name=contoh>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik pada mana-mana huruf kecil di sebelah kanan ^ untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref> Teks yang akan dirujuk untuk bahagian lain.<ref name=contoh/>

Hasil

Teks yang akan dirujuk.[1] Teks yang akan dirujuk untuk bahagian lain.[1]

  1. 1 2 Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik pada mana-mana huruf kecil di sebelah kanan ^ untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.